RaYa

RaYa

Tuesday, April 28, 2009

HeaDache

Ya allah semalam punya la sakitnya kepala aku nie..sampai aku tak leh nak buat keje langsung..kalau sakit je tak per nie sekali ngan pusing-pusing(tak tau nak maksudkan) tgk sikit pening nak kata pk banyak tak jugak..nak kata ada darah tinggi semalam dah check normal jer 110/70..doc kata ok..so aku pun berehat la..makan ubat..ubat mengantuk pulak..yang si aqeem pulak asyik mengacau lagi sakit kepala dengan melawan ngantuk..nasib baik la hubby aku balik lunch dia amik aqeem antar pergi umah mama..so aku leh la rest sikit..tanpa gangguan aqeem..
kul 2.00pm aku rasa terlelap kot aku macam tak sedar mungkin sebab ubat tu kot..last sekali sampai hubby balik baru sedar..hubby kejutkan tersedar macam rasa pening tu dah ok sikit..alhamdulilah..syukur sangat..hope so tak jadi lagi..

Friday, April 24, 2009

ConGraTulatIoN

Congrat to kak hanim dah selamat dah melahirkan anak..alhamdulilah..baby girl.weight 3.1kg, at 5.55am this morning..so cute..The name Balqis Damia..

Wednesday, April 22, 2009

SeLseMe

alahai..runsing aku dibuat selsema nie..bila la nak hilang ..dah jumpa doc dah..dah amik ubat dah..tak hilang gak..ish..
selsema ni boleh menyebabkan sakit kepala..pasal tu la aku tak suka selsema..ada petua tak nak hilangkan selsema..

CiNtA SeJaTi TiDaK AkAn DaTaNg BeRgOLeK

Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu awak perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Fakta yang awak perlu tahu...

Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
Minda awak adalah aset yang terbaik.

Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah...

TahNiah...

Aku mengucapkan tahniah kepada Pn.Faridah Hanim yang dah sakit n masuk labour room untuk bersalinkan..kerana dia sememangnya dah tak sabar nak mengeluarkan anaknya tu..coz tak larat nak bawa..huhuhuh..
Nanti aku bagi tau lagi dia dapat anak apa...

Thursday, April 16, 2009

SaLaM TaKzIaH

Semalam malam dalam pukul 8.30pm macam tu la..aku mendapat massage daripada mazlin..bapa mashitah telah meninggal dunia petang semalam..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..dan pada mashitah tabah la menghadapi segala dugaan yang diterima..

Monday, April 13, 2009

e-reporting

sambil tengah mengguna keje nie aku pun nak update la blog nie..tunggu staff nurse nie buat keje memang la lambat..coz ada je keje yang nak kena buat nak merawat patient la apa la..aku nak benda nie urgent tak nak buat macam mana so aku kena la faham..pihak kkm nak benda nie seblum 20hb nie insyallah akan aku cuba buat secepat mungkin..insyallah..

NaSiB BaiK...

Weekend yang lepas aku g la ke rumah mama aku yang baru nak renovat tu..tetiba ada batu dari atas bumbung jatuh..nasib sungguh la luck tak kena kat diri aku..sikit lagi alhamdulilah allah masih menyelamatkan aku..kalau kena aku tak tau la apa nak jadi...syukur padamu ya allah..

Wednesday, April 8, 2009

SuSaH oh SuSaH..

kenapalah ada jugak org dalam dunia nie masih hidup dengki-mendengki..aku ingat dah hapus dah..rupanya wujud lagi..

Friday, April 3, 2009

HaPpY BiRtHDaY SaYaNg...

Happy birthday muhammad adriel aqeem..dah besar dah anak mamy rasa macam baru jer mamy lahirkan anak mamy...tak puas lagi tgk anak mamy masa baby..menerap..merangkak..miss that time..Happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to aqeem..happy birthday to u...

Thursday, April 2, 2009

KaSih IbU BaWa Ke SyUrgA..

Orang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. IbuBila lapar, yang suapkan aku.. IbuBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. IbuKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!Bila bangun tidur, aku cari.. IbuBila nangis, orang pertama yang datang ..IbuBila nak bermanja.. Aku dekati ibuBila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibuBila sedih, yang boleh memujukku hanya ibuBila nakal, yang memarahi aku ? IbuBila merajuk? yang memujukku cuma.. IbuBila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..Bila takut? Yang tenangkan aku.. IbuBila nak peluk? Yang aku suka peluk.. IbuAku selalu teringatkan .. IbuBila sedih, aku mesti telefon ibuBila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? IbuBila bengang.. Aku suka luah pada ..IbuBila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!Bila sakit, orang paling risau adalah ..IbuBila nak exam, orang paling sibuk juga ibuBila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. IbuBila buat hal, yang marah aku dulu..IbuBila ada masalah, yang paling risau.. IbuYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. IbuYang selalu masak makanan kegemaranku.. IbuYang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, IbuYang selalu berleter kat aku.. IbuYang selalu puji aku.. IbuYang selalu nasihat aku.. IbuBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu——————————————————————————–Aku ada pasangan hidup sendiriBila seronok? Aku cari pasangankuBila sedih? Aku cari IbuBila berjaya? Aku ceritakan pada pasangankuBila gagal? Aku ceritakan pada IbuBila bahagia, aku peluk erat pasangankuBila berduka, aku peluk erat ibukuBila nak bercuti? Aku bawa pasangankuBila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibuBila sambut valentine…Aku hadiahi bunga pada pasangankuBila sambut hari ibu…Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IbuSelalu……..Aku ingat pasangankuSelalu…..Ibu ingat kat akuBila….Bila…..Aku akan talipon pasangankuEntah bila….Aku nak talipon ibuSelalu….Aku belikan hadiah untuk pasangankuEntah bila…..Aku nak belikan hadiah untuk IbukuRenungkan :-“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak.Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Hargailah ibu selagi ada hayat..

Wednesday, April 1, 2009

AlHamDuliLah...

Selamat dah semua majlis kenduri kendara..mak ai punya la tired coz malam tu semua di manage dari aku n hubby..tu la first time buat birthday party for aqeem..disambut awal dari birthday aqeem coz kenduri arwah for my oldest brother..Al-fatiah..
Pagi hari sabtu tu..all our family bz sokmo la tolong untuk buat kenduri tghari tu yang akan bermula jam 12pm.coz kita arrange semua dari segi pinggan mangkuk, drink everthing laaaa...just masak memasak la tempah kat org..

Menunya:-
1)nasi putih
2)ayam goreng rempah
3)kari daging
4)pecal
5)ulam-ulaman
6)sambal belacan
7)dessert - water melon
8)drink - syrup rose

Jemputan yang di jemput boleh dikatakan semuanya hadir..thank to you all..
Disebelah malam pulak majlis for my baby..

Menu:-
1)Kek
2)laksa-MIL
3)Bihun goreng-sister
4)nasi Impit- Kuah Kacang
5)Agar-Agar
6)Air Teh 'O'
7)Oren Jus

Dengan keadaan ujan tapi majlis tetap berjalan lancar..syukur..
Aqeem la org yang paling best giler so kat majlis nie riuh rendah mulutnya.walau pun tak tau cakap lagi..when he see what mamy&dady give present to him..aqeem so happy..
thank to our family n our neighbour for caming to celebrate aqeem birthday n present.

Walaupun ujan..majlis tetap meriah..the picture tak leh nak send nanti update lain la..