RaYa

RaYa

Thursday, November 26, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDhA..

Kepada kekawan semua selamat hari raya aidiladha di ucapkan..yang mana pulang ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya..

Friday, November 13, 2009

ConGraT To AbG NaZrI...

Tahniah Abah Nazri n Umi Raihan..Setelah sekian lama menanti hampir 9 tahun baru dapat cahaya mata..Sungguh dramatis aku tgk si Abah menangis semalam keluarnya baby tu..Sekali lagi tahniah..

MaKaN DuRiaN...

Semerbak bau durian kat office aku nie..member aku sorang nie bawa durian..waalah sedapnya..



thank u abg saiful mengopek durian untuk kami...
durian yang tgh dinikmati..
nasib baik ketiadaan bos masa nie..kalau tak kantoi la kami semua...kepada yang tukang si bawak durian nie..Mohd Harizan..terima kasih jugak la diucapkan..lain kali bawak lagi..durian ini sungguh sedap..:)

Saturday, November 7, 2009

SaTuRdaY..

Alahai sungguh la boing kena keje this saturday..coz banyak keje nak buat nak siapkan apa yang patut sebelum kaki ini melangkah pergi..hehehe..
Kesian Aqeem this saturday kita tak leh nak pergi taman rekreasi..padang polo..esok ok kita ajak daddy sekali..leh la mummy makan laksa polo..yamee..yemee sedapnya..

Monday, November 2, 2009

LaSt WeEkeNd...

Lama tak kuar berjalan bersama family tercinta..So kami pun bercadang nak bawa Aqeem pergi ke Zoo Taiping...Dah tak tau nak pergi mana coz Aqeem pun selalu nak tgk monkey dalam buku jer..Kami pun bawa pergi la tengok yang real..Aqeem sangat-sangat la teruja..excited semua ada..





monyet tu makan kacang yang Aqeem bagi..




Pintu Masuk..Naik train malas nak jalan..hehehe







Aqeem tgk flamingo..



Zebra ini tunggu aku tangkap gambar baru dia pergi..hehehe...pandai pose gak zebra nie.


itu la aktiviti kami hujung minggu yang lepas..

p/s : Thank you daddy bawa Aqeem n Mummy pergi bersiar-siar..

Friday, October 23, 2009

NaK MaSuK CoNtesT LaGi Laa...

Aku nie baru nak terjebak la bab-bab contest rasa macam best pulak..so ikuti la...Contestnye Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment....

semakin rajin pulak sekarang nie nak buat entry untuk contest...saje aku nak cuba-cuba mana la tau..kot kot berjaya..hehehe..




Nama: Muhammad Adriel Aqeem n Mohd Johanuddin
Umur : 1 tahun 6 bulan
Tarikh Lahir : 03 April 2009
Itu la kali pertama Aqeem menyambut birthday..Birthday tu disambut pada 03.04.2009..kat umah Opah Aqeem..Tak jemput ramai org just jiran tertangga n sedara..Masa tu Aqeem baru nak belajar jalan so tak suka nak pegang-pegang..
Kepada Iris Selamat menyambut Birthday pada 10 Novermber nanti....

Macam biasa setiap contest ada syarat-syarat so ikutilah..

Syarat-syarat penyertaan:-
1. Jadi follower
Mummy Ayu & add Mummy Ayu dalam bloglist
2. Tepek banner contest nie kan side bar kenkawan...
3. Lagi bagus kalu buat sticky mode entry..senang nak jengah nanti.
4. The most important things....tepek kan gambar waktu baby tu
celebrate her/his 1st birthday..
tak kisah la kat mana, macam mana...
janji nampak baby tu ngan kek....
5. Terbuka kepada kanak kanak di bawah 4 tahun
(so..maksudnya gambar 4 tahun yang lepas pun diterima...)
6. Masukkan nama penuh kanak kanak, tarikh lahir plus
cita la cikit cikit pasal her/his 1st bithday celebration tu...
6. Tarikh contest nie...dari la nie (sekarang)
until my princess nya birthday 10 November 2009
7. Hadiah biarla rahsia but satu je leh kasi tau
my bestest friend dah agree nak jadi one of the penaja
so..satu lagi syarat tambahan..kena link ngan blog
Notti Netti &
of coz link jugak ngan blog
Mummy Ayu
(tak de link direject)
8. Tinggalkan link entry kenkawan kat komen box nie..
9. Pemenang akan dipilih oleh para juri Mummy Ayu
(no undi undi...) ok!
===
itu aje...so...meh la join contest Mummy Ayu nie...




Wednesday, October 21, 2009

OnLiNe CoNteSt- SeNyUmAn CeRiA Si CoMeL...

Best pulak tgk tajuk contest nie....Ini la first time mencuba masuk contest kalau tak tu tak ada masa nak buat..





So kat sini..Gambar Aqeem..Juri pilih la yang mana satu...


Nama : Muhammad Adriel Aqeem b Mohd Johanuddin
Umur : 1 tahun 6 Bulan




Hadiah-hadiah yang ditawarkan

Pemenang Utama x 1 org:


Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik

******************


Pemenang sampingan x 2 org:


Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

So apa tunggu lagi???
Sertai online contest ini sekarang. :)
Online contest ini di buka dari tarikh:
15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.


Cara2 penyertaan?
Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
AMARAN: no link back will be disqualified
Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di
bawah:

Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:


Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************

Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.Ceria kan senyuman tu?SO apa tunggu lagi??Jangan tunggu lama lama .. nanti lama lama.. langsung terlupa buat entri .....Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.

Friday, October 16, 2009

TaMaN LaPaNgaN JaYa...

Aksi Aqeem Kat Umah Open House...
Aqeem nak turun gayat..hehehe

Aqeem mengurat kakak iema ye..


Ok tak gaya Aqeem nie..hehehe
semalam kami pergi open house..umah pakcik sedara..makanannya sungguh sedap sekali..tapi tak sempat nak snap la..yang sempat gelagat si kecil sorang nie..











Monday, October 5, 2009

HapPy BiRthDaY HubBy, KiKin N AqEem...


Birthday disambut awal sehari coz anak buah aku yang sorang nie awal sehari..Citernya macam nie kakak n abang aku ada balik sini so anak buah aku yang sorang nie birthdaynya jatuh pada 03.10 hubby aku pulak 04.10..Kakak aku planning nak buat untuk anak dia malam tu, aku kata baik join sekali sambut jer senang..So kami pun beli la 2 kek..One 4 kikin one 4 my hubby..
Sambut family jerr..Syok jugak lama tak berkumpul macam tu walaupun family kecil tapi bila semua ada meriah pulak rasanya...
Untuk hubby aku mengucapkan selamat hari lahir yang ke 26..Terima kasih sayang menjadi suami yang paling caring, loving , romantic, kelakar make me happy always..hikhik..Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki..insyallah..
To Kikin also belajar rerajin k, jangan lupa mummy..hihihi..
Alahai sian anak aku yang sorang nie..Happy birthday yang ke 1 tahun 6 bulan..Sekarang dah pandai cakap sikit-sikit tapi amik yang ujung je la..bahasa jerman still ada lagi..riuh rendah umah dibuatnya..kalau dapat jerit satu rumah kasih gegar..hahaha..seronok melayan coz dah pandai mengusik orang..

Friday, September 25, 2009

SaMbuNgaN BesT RaYa...

Petang tu aku ke rumah mama..rumah mama lagi ramai orang..orang nie masuk orang nie keluar..syok giler..semua yang mama masak habis la..Sampai aku datang pun tak sempat nak rasa..Tak per la mama nanti mama masak lagi untuk kami sekeluarga lak..hehehe..
Lupa plak..nie lagi satu kisah yang sungguh malang ke apa ke aku tak tau la..Peatng raya tu aku bersalam-salaman la ngan parent aku..Seperti biasa anak bagi ampau kat Parent aku pun bagi la..after salam ada orang datang umah pulak lagi...Mama nie careless juga,sampul tu tak tau letak mana..suddenly dah malam baru teringat mana letak sampul tu..ehmm sedih aku dengar mama macam tak menghargai pulak apa yang aku bagi..tapi aku tak salahkan mama..mungkin masa tu kelam kabut nak sambut orang datang lupa nak simpan..(pujuk diri la nie)...
Bab sedih-sedih abis..bab happy pulak..semalam la baru aku sempat nak beraya umah member-member..Open house tapi malam la..aku dah start keje..Ada 3 orang undang umah Open house..2 je yang aku berkesempatannya...lagi satu umah tu i'm so sorry coz Aqeem dah meragam nak sleep..
First umah member tempat keje aku nie la.Umah Kak Fatimah @ Ijan..makan speggeti n mee hailam.sedap la kak timah lain kali buat lagi ye.boleh bagi 4 star..Then second house umah Asrul member satu kelas n school la kiranya nie..kat sini dapat la jumpa member-member yang lama gak tak jumpa..bini Asrul pulak tengah menunggu hari nak bersalin..Tapi still maintain lagi bawak perut..huhuhu...Hidangan yang dihidangkan sedap-sedap jugak..bihun sup,nuget,speggeti jugak n ada lagi yang tak ingat.. ini boleh bagi 4 star jugak..
Sambil tu aqeem kemain lagi kesana kemari happy giler..but after dah penat gamaknya start la mengamuk nak balik..kami pun terpaksa la bergegas pulang cepat..tak sempat nak jumpa member lain lagi..apa-apa hal aku pesan kat Asrul kim salam je la..
On the way balik jer Aqeem dah terlelap..
Happy sangat dapat jumpa kekawan lama yang tak jumpa last jumpa abis sekolah dulu..gambar tak sempat nak snap..sorry ye..terlupa..

Wednesday, September 23, 2009

BestNYa RaYe..

Dah 4 Syawal dah ari nie..Aku masih lagi dalam suasana raya..Mensyukuri akan nikmatnya diatas apa yang diberi semperna bulan ramadhan yang dah berlalu kini tiba bulan syawal..
Aku nie ada banyak cerita yang nak dikongsikan tapi tak tau nak mula tang mana..huhuhu..
1st of all..untuk pengetahuan korang aku tak jadi beraya kat sabk bernam..coz MIL kata kita beraya di Seri Iskandar, Perak..dekat je ngan umah aku lebih kurang 25 minit sampai la..kami pun tak la tido sana pergi balik ari je..syoknya kira tahun nie aku beraya umah sendiri la..
Aku masak bihun sup tulang jer..Alhamdulilah abis semuanya coz banyak pulak yang datang ke rumah terutama side belah hubby n hubby friend..thank kat kawan² yang sudi dtg umah aku..exspecialy to zaimun, ida, farah, and ina..
Sorry ada keje nanti sambung..hehehe

Wednesday, September 16, 2009

RaYa DaTaNg LaGi...


Lagi beberapa hari je kita akan menyambut hari raya..Seronoknya..Yeah..Yeah..Aqeem yang paling happy coz segala persiapan untuk Aqeem jer..aku ngan hubby ala kadar jer..Segalanya macam dah complete..dari segi kuih, 2 jenis buat yang lain kuih tunjuk gak la..hehehe..tak sempat la nak buat bebanyak..Kemas umah dah settle dah cuma kawasan luar umah belum settle..Kawasan luar tu last minute punya keje tu pun kalau berkesempatan..hehehe..
Tahun nie tema family aku blue light..beraya di side sebelah husband..Insyallah tak ada aral melintang kami balik Sabak Bernam..Doakan pejalanan kami selamat sampai dan selamat kembali..
Kepada kekawan..Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin kalau ada terkasar bahasa,tersilap berkata-kata..harap dimaafi..

Thursday, September 3, 2009

InCreAsE YoUr BrEast MilK SuPpLy WiTh FeNuGrEeK SeEdS

Fenugreek nie bagus untuk ibu yang menyusukan anak dan untuk membanyakkan susu..Mungkin masalah akan lagi timbul bila bulan Pose nie..So aku leh suggestkan makan la pil nie..Ramai yang dah mencubanya..Disini aku citer la sikit pasal Fenugreek..
.
.
Fenugreek mengandungi vitaman c, niacin, pottasium dan phytoestrogen yanag mampu meniru kesan horman estrogen untuk menggalakkan penghasilan susu ibu..
.
.
Untuk keberkesanan - boleh dilihat antara 24jam hingga ke 72 jam..Boleh jugak berlaku 2 ke 3 hari atau sehingga ke beberapa minggu..Kesan berbeza mengikut badan seseorang..Seteleh susu dihasilakn mencukupi, pengambilan Fenugreek boleh dihentikan tanpa menggagu penghasilannya lagi..Fenugreek dalam bentuk kapsul senang dah mudah untuk ditelan..
.
.
Setiap ubat ada kesan sampingan tapi yang paling biasa kesannya..kencing akan berbau sirap pokok maple dan peluh..Bagi Ibu yang ada problem asma n alergic pada kacang DILARANG mengambil Fenugreek.
.

.
Kalau korang nak lebih details lagi pasal Fenugreek ini boleh la layari
http://www.babysnowdrop.blogspot.com/
.
.
Aku sekarang tengah mengambil ini alhamdulilah susu dalam bulan pose ini tidak menjadi masalah pada Aqeem..Seronok rasanya boleh memberi BF kepada Aqeem tanpa Formula sepanjang malam...

Tuesday, September 1, 2009

SeLaMat HaRi MeRdEkA....

Selamat hari merdeka diucapkan kepada semua blogger, facebook, and all the freinds..Walaupun terlambat diucapkan..
Merdeka!Merdeka!Merdeka!..

Friday, August 21, 2009

RaMaDhaN aL-MuBaRaK

Selamat berpuasa diucapkan...semoga kalian semua mendapat keberkatan malam lailatulkadar..

Wednesday, August 19, 2009

CpU BaRu..

Akhirnya aku dapat gak CPU baru..aku punya yang sediada tu sememangnya dah teruk giler..lembab, bunyi bising n selalu hang..Pada mulanya memang agak susah nak tukar gakk..Lepas tu ada lagi 1 pc yang rosak..and ada satu lagi pc yang diperlukan..Member yang aku sorang nie call boss..

Member: Bos kita perlu beli pc memandangkan pc kita nie dah lama dan ada yang dah rosak..
Boss : (Angin baik punya)..Kalau macam tu kita belilah 2 sekali..
Member: ok Bos..Terima Kasih..

Bos setuju memula tu macam tak percaya jerr.... apa-apa pun bestnya aku..hehehe..nak dapat pc baru..rupanya aku dapat cpu je baru..coz monitor flat screen member aku yang 2 org nie sibuk nak..
Sekarang nie tgh aktiviti menukar CPU baru..hihihi..

Thursday, August 13, 2009

AnuGerAh KhIdmAt CeMeRlaNg..

Pagi nie jam 9.00am bertempat di Komplek Islam Darul Ridzuan Tingkat 2..Anugerah ini diadakan semperna menghargai staff yang bekerja sepanjang tahun 2008..Anugerah ini diadakan dibawah PKeinPK..seramai 10 orang daripada tempat aku nie hanya seorang je yang terpilih yang lain daripada Ladang Kg Gajah,Ladang Ijok n Ladang Sg Siput.. Anugerah khidmat Cemerlang disandang oleh Pn.Mazni bt Abd Ghani..Ketua Jururawat bahagia OT..Tahniah aku ucapkan kepada Pn.Mazni...(Jangan lupa belanje kami ...hahaha)

Tuesday, August 11, 2009

HapPy SanGaT...

Sangat la seronoknya coz Aqeem dah semakin pandai bercakap mulutnya petah nak bercakap..hehehe..sekarang dah pandai panggil aku dengan panggilan seorang anak kepada ibunyer...walaupun ujung ayat je..panggil mi.mi..tu dah buat aku gembira..Love u Much Aqeem.

Monday, August 10, 2009

H1N1

Sehingga hari nie jam 10.00am 26 org telah meninggal dunia disebabkan penyakit ini..

Friday, August 7, 2009

PenDemiK H1N1

Satu wabak yang semakin menular di negara kita..Sekarang nie sidah 12 org meninggal dunia di Malaysia sahaja..
Tempat aku pun buat untuk screening nie..Setiap kali kami masuk keje je ada yang dah kena tagging..Takut pun ada tambah aku nie keje kat Medical Center..
Semalam aku pergi ke UTP, Tronoh cawangan klinik disana..Pergi untuk membantu staff kerana banyak sangat patient n student untuk di screening..UTP telah diarahkan tutup coz ada yang positive H1N1 dari 31.07.2009 hingga 06.08.2009..
So kepada korang semua hati-hati la dengan Penyakit nie..coz penyakit ini sangat senang merebak..
Simpton penyakit nie..
* demam melebihi 39C
* batuk n Selsema
* sakit badan
* sesak nafas
* sakit tekak

memana korang yang ada simpton tu cepat la pergi ke hospital..

Thursday, July 30, 2009

Di CybEr CaFe..

Suasana yang sungguh penuh dengan cina...tu la tempat cina namanya..pening kepala aku dibuatnya..Cybercafe nie ok..menarik tapi bising..tu la cina tak reti nak menghormati orang..
Aku nie bukan perkauman tapi sikit tu ada la..Eeee menyampah aku ngan cina-cina nie...

Thursday, July 23, 2009

AqeEm MuLa NaK bErCakAp...

Kalau diingat-ingat pasal si Aqeem tu kekadang tu lucu pun ada geram pun ada..Dah mula bercakap pelat-pelat dia la...Ayat yang paling jelas dengar..Aku ingat nak panggil aku dulu..rupa-rupanya nama "OPAH" kekadang tu ..sampai kan aku boleh cakap nama opah dulu..bukan mummy n daddy dulu..ish jelousnya aku..
Sekarang nie dah banyak sikit leh sebut..
1)bus
2)no
3)yes
4)tak na
5)nak
6)ma
7)pa
Buat masa sekarang tu je la yang jelasnya..kalau bahasa jerman dia bukan main laju lagi tapi apa pun tak paham..hehehe..tu la "Aqeem"..lagi beberapa ari 16 bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan..

Wednesday, July 8, 2009

MotoR

Aku hari nie naik motor ngan hubby...Rasa angin pepagi, sejuk..Lama jugakla tak naik motor pepagi..Napa aku naik moto? Aku pun pelik napa la tetiba je nak baik moto..tapi syok jugak berdua-duaan atas moto..hahaha..(teringat zaman silam masa bercinta)...Lama gak tak naik moto jauh, tadi nak kata jauh tak jugak..20minit sampai office..tapi rasa gayat la jugak..
Pada hubby nanti bawa naik moto lagi yer..boleh mengimbau kenangan silam..

Monday, July 6, 2009

SambUngaN

Semalam hari cuti aku yang tak rasa macam cuti..dari aku wake-up jer terus buat keje-keje rumah..lepas tu mengecat bilik si aqeem..semalam juga settlenya..siap dengan kemas lagi..tinggal untuk guese room jer..belum siap masih ada lagi kotak-kotak yang belum buka lagi..insyallah aku diasiapkan jugak sebelum khamis 09.07.2009 coz MiL nak masuk wad sekali lagi untuk operation FIBROID..adik-beradik from hubby side semua nak lepak kat rumah aku..nanti no place untuk diorg plak nak letak beg-beg..huhuu...
Kesian gak aku tengok MIL aku tu..sekarang nie diam jerr..banyak termenung..ye la nak kena operation..tapi aku dah cakap jangan pk sangat..coz sikit jer..diaorg buang bukan semua..Insyallah semua selamat la hendaknyaa...

ConFRenCe Di BaNgSaR...

Hari Jumaat ari tu aku pergi satu confrence nie kat Bangsar..Institut Penyelidikan Awan kalau tak salah aku laa..Kisahnya pihak gomen nie nak suruh org swasta membuat satu penyelidikan tentang sesebuah centre yang membeli ubat-ubatan, doctor yang bertugas, n have a littke work i'm not remember..ehmm pergi just untuk menambahkan kerja yang semakin banyak nie..huisss..tapi nasib baik la keje tu one for the year...kalau tak nanya laa..hahaha..

Thursday, July 2, 2009

HamPiR SiaP..

Semalam aku kemas bilik tidur aku..bestnya bilik dah siap..tinggal bilik aqeem n bilik belakang..dapur semua dah settle..alhamdulilah..penat lelah aku terhasil..ingat sabtu nie nak cat grill n luar rumah ngan hubby..insyallah dalam minggu depan baru siap kemas..hope so siap la..tak larat beb..keje pindah nie bukan senang..nasib baik la lepas nie tak pindah dah..still umah tu la sampai bebila..nampaknyer aku jadi org situ la..huhuhu.

Monday, June 29, 2009

SeLeSai SuDaH

Aku dah pindah rumah dah..semua telah selesai..sekarang nie part nak kemas umah baru tu plak..lagi satu bab pulak..nasib baik masa pindah hari tu semua dah suruh org tu letak siap mana yang nak diltekkan..just buka dari kotak untuk disusun jer..
Time pindah ari tu macam-macam berlaku..memula ingat tak jadi pindah ari tu dah..rupanya jadi jugak..yang disebabkan tak jadi tu bukan apa memula dah booking lori untuk angkat barang..tetiba lak lori rosak..lagi satu bab pulak bebudak nak tolong angkat kata tak leh nak tolong depa ada hal tapi hubby aku kata petang baru pindah so bebudak tolong angkat tu jadi la nak tolong..alhamdulilah semua selesai gak la..
Hari ni nak sambungkemas lagi..nanti sambung lagi

Friday, June 26, 2009

EsOk PinDaH....

Alhamdulilah lega rasa hati..semua dah siap untuk berpindah..insyallah tak ada aral melintang esok aku shifting la.husyyy macam tak percaya pun ada aku nak pindah dr umah yang memula aku melangkah ke alam perkahwinan..disitu bermula la aku dgn hubby memulakan kehidupan as husband n wife...huhuh..
Rumah dah siap bersih, jenuh gak la aku n hubby pergi cuci 2 malam berturut cuci..dah bersih sampai puas hati..cat semua pun dah siap tinggal kawasan luar jer.(tu lepas dah pindah)..langsir tingkap tengah jahit..apa lagi yek..aa ligthing jer yang belum ingat nak tukar lighting untuk dinning hall n bedroom..(tu pun lepas pindah gak la)..
Bukan la sikit untuk pindah rumah nie..macam-macam nak kena buat oo..dah tu semua sendiri buat tak ada helper pun..penat tu penat la..tapi syok nak duduk umah sendiri..tak sabar nie..

Monday, June 22, 2009

PinDaH RuMah BaRu...

Sekarang nie aku sibuk menguruskan hal nak pindah nie..bz teramat-amat...huhu..
Bermula la episode nak pindah..aku sekarang nie tgh dok kemas barang-barang kat umah..mak ai aku ingat sikit jer rupanya banyak gak barang umah aku...tak per tak per buat pepelan ye baby..(pujuk diri sendiri)..hhahaha..
aqeem pulak kita tengah kemas dia pun sibuk kemas(memunggah)kan sama..ehmm kekadang tu yang buat letih tu..but nak shifting umah baru..excited jer maklum la umah sendiri...tak sabar nak shifting dah..

Tuesday, June 16, 2009

We ArE A WinNeR SPO2.

My team is winner for the tournement...syukur alhamdulilah...the best player n the best team..thank you everbody..We a are winner...huhuhu..
Syoknya macam tak percaya pulak kitaorg menang..memang tak jangka semua nampak macam hebat..tapi yang penting semangat nak menang..alhamdulilah..

Monday, June 15, 2009

TouRnEMenT BowLinG.

Ari ni pukul 8.00pm karang aku tournement bowling antara jabatan..malas lak rasa nak main coz tangan aku pun tak bepa nak baik lagi..apa nak buat team aku tak ada player coz sorang tu pregnant yang lain kata tak tau nak main..so terpaksa la aku main..
Doakan aku menang yerr..huhuhuh

Tuesday, June 2, 2009

HapPy AnNiVerSarY...

Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan jodoh aku dengan insan yang paling aku cinta(Mohd Johanuddin @ Joehan b Alias) sampai ke hari ini..
Aku sentiasa mendoakan agar rumah tangga yang aku bina berkekalan hingga ke akhir hayat..
Terima kasih juga kepada hubby yang banyak memberi tunjuk ajar, saling memahami dan sayang menyayangi diantara satu sama lain...

Monday, June 1, 2009

MuSim OrAnG KahWiN...

Aku dapat jemputan semalam untuk menghadiri perkahwinan sepupu aku nie..nama je sepupu tapi kami tak bepa kenal each other..just kenal macam tu jer..huhuhu..punya la jauh umahnya kat kerling..so tu la 1st time aku pergi kat area tu..apa-apa pun HapPy WedDinG DaY..dan SeLamaT HinGGa Ke AkHir HaYat....

Thursday, May 28, 2009

BaNyaK KeReNaH...

Aku baru lepas buat invois patient..aku pun kekadang tak faham ngan patient nie sebenatnya..memang la customer is always right..but sometime costumer is wrong..
Ehmm paling yang aku fate up nyer bila dah siap macam macam kerenah nak suruh buat..antar lain department lain invois la..padahal same adress jer nak di sendkan..tak faham.tak faham...

Thursday, May 21, 2009

LemBabNyE

Ya allah punya la lembabnya buat keje..hopsital...hospital...masa lunch hour aku pegi hospital ingat nak husar MIL rupanya dari A&E refer ker Clinic n dari clinic pulak refer admitted to wad..aku sampai lebih kurang kul 12.30 masih kat clinic tengah nak masuk buat scan la see a doctor..then baru amik keputusan masuk wad.hampir 1 and 1/2 hours..ish geramnya aku..lepas tu nak masuk wad lak tak ada attendant nak antar coz semua pergi rest..lunch hour maa..aku pulak yang jadi attendant hantar MIL pegi naik ke wad..WAD 1C..lift pulak buat hal..dari 4 lift satu je yang boleh guna time nak tukar shift pulak.banyak la student practical gamaknya..berebut nak naik lift..ya allah dia tak tau ke yang aku bawa pesakit..sikit pun tak nak bagi keutamaan..ishhh tu lagi la buat aku sakit ati..dengan panasnya..tak ada aircondnya gamaknya..uishhhhhh..
pastu sampai lak atas bagi nurse tu admission form..dia tanya napa nak masuk wad..mana la aku tau..tulagi satu punya nurse tanya soalan cepu emas betull..kalau aku tau napa nak masuk wad senang la nie tak..patutnya dia yang tau..entah la..
dah settle tu semua bagi katil..aku pulak kena turun bawah sekali lagi daftar kat pendaftaran bersama deposit kemasukan..ehmm sabar je laa..aku tak kisah sangat la bab tu..naik plak nurse tu pulak yang suruh aku salin kan baju semua..bukannya dia nak tolong buatkan..shut be tu keje diorgkan..tak faham aku jadinya..
Aku pulak dah sememangnya lambat nak masuk keje..apa lagi macam org kelam kabut la..mmg la hubby aku ada tapi apa leh buat tak ke aku yang buat semua..dia pulak mmg tak bepa nak tahu hal hospital nie..
Aku hope sangat la org hospital nie fikirkan hal org lain sama..coz org lain pun banyak hal gak..

FiBroiD

Pagi tadi dalam kul 6.00am MIL aku masuk Hospital Permaisuri Bainun aka Hospital Ipoh..di sah ada fibroid kemungkin esok pagi akan operation..
Aku mendoakan agar MIL aku selamat menjalani operation dan semoga cepat sembuh hendaknya..Aminnn...

Wednesday, May 20, 2009

HapPy BirThDaY...

Terima kasih Ya allah hari ini genap usia aku 26 tahun..ish rasa macam dah tua pulak..hehehe..terima kasih juga pada mama n ayah yang banyak menjaga aku dari besar hingga sekarang..memberi aku kasih sayang, didikan yang cukup sempurna..
Early in the morning hubby wish aku.rasa macam aku nie mimpi lagi coz aku belum bangun dia dah bangun dulu..ish sunggu teruja aku dibuatnya..terima kasih hubby...
Aku mendoakan pada diri aku semoga success selalu dalam apa jua bidang yang diceburi..HaPpY BiRtHDaY tO mE...

Monday, May 18, 2009

BoRiNg BaNgaT...

Lahai hai bosan giler..dok kat office yang ceruk jauh kebelakang nie..dah la tinggal alone..member yang ada lelaki tinggal aku sorang je pompuan ada lagi sorang tu meternity leave plak pastu terus resign..ehmm bila nak dapat replace minta-minta pompuan gak laa..kalau tak mati kutu la aku kat sini..nak sembang ngan sapa aku pun tak tau..kalau sembang ngan budak lelaki nie ada je yang asyik nak kenakan org jer..tu yang lagi la menyampah..asyik aku kena jer..coz aku nie bukan mulut laserrr sangat..pasal tu laa..

Friday, May 15, 2009

Thursday, May 7, 2009

HuJaN..

ehmm.. sekarang nie musim hujan kat sini...pagi hujan petang hujan..tak kira waktu..sampai satu hari tu aku nak balik rumah...before sampai area umah aku banjir..uishhh punya la payah bersangkut ngan jem..lenguh gak la kaki aku nie nak tekan brek n gear(kete manual)..hampir 45minit gak la aku sangkut..baru surut sikit..boleh la jalan..
actually aku bukan nak merungut pasal hujan nie..aku mensyukuri hujan nie kerana ia menyejukan bumi kita nie..hehehe..

Tuesday, April 28, 2009

HeaDache

Ya allah semalam punya la sakitnya kepala aku nie..sampai aku tak leh nak buat keje langsung..kalau sakit je tak per nie sekali ngan pusing-pusing(tak tau nak maksudkan) tgk sikit pening nak kata pk banyak tak jugak..nak kata ada darah tinggi semalam dah check normal jer 110/70..doc kata ok..so aku pun berehat la..makan ubat..ubat mengantuk pulak..yang si aqeem pulak asyik mengacau lagi sakit kepala dengan melawan ngantuk..nasib baik la hubby aku balik lunch dia amik aqeem antar pergi umah mama..so aku leh la rest sikit..tanpa gangguan aqeem..
kul 2.00pm aku rasa terlelap kot aku macam tak sedar mungkin sebab ubat tu kot..last sekali sampai hubby balik baru sedar..hubby kejutkan tersedar macam rasa pening tu dah ok sikit..alhamdulilah..syukur sangat..hope so tak jadi lagi..

Friday, April 24, 2009

ConGraTulatIoN

Congrat to kak hanim dah selamat dah melahirkan anak..alhamdulilah..baby girl.weight 3.1kg, at 5.55am this morning..so cute..The name Balqis Damia..

Wednesday, April 22, 2009

SeLseMe

alahai..runsing aku dibuat selsema nie..bila la nak hilang ..dah jumpa doc dah..dah amik ubat dah..tak hilang gak..ish..
selsema ni boleh menyebabkan sakit kepala..pasal tu la aku tak suka selsema..ada petua tak nak hilangkan selsema..

CiNtA SeJaTi TiDaK AkAn DaTaNg BeRgOLeK

Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu awak perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Fakta yang awak perlu tahu...

Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
Minda awak adalah aset yang terbaik.

Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah...

TahNiah...

Aku mengucapkan tahniah kepada Pn.Faridah Hanim yang dah sakit n masuk labour room untuk bersalinkan..kerana dia sememangnya dah tak sabar nak mengeluarkan anaknya tu..coz tak larat nak bawa..huhuhuh..
Nanti aku bagi tau lagi dia dapat anak apa...

Thursday, April 16, 2009

SaLaM TaKzIaH

Semalam malam dalam pukul 8.30pm macam tu la..aku mendapat massage daripada mazlin..bapa mashitah telah meninggal dunia petang semalam..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..dan pada mashitah tabah la menghadapi segala dugaan yang diterima..

Monday, April 13, 2009

e-reporting

sambil tengah mengguna keje nie aku pun nak update la blog nie..tunggu staff nurse nie buat keje memang la lambat..coz ada je keje yang nak kena buat nak merawat patient la apa la..aku nak benda nie urgent tak nak buat macam mana so aku kena la faham..pihak kkm nak benda nie seblum 20hb nie insyallah akan aku cuba buat secepat mungkin..insyallah..

NaSiB BaiK...

Weekend yang lepas aku g la ke rumah mama aku yang baru nak renovat tu..tetiba ada batu dari atas bumbung jatuh..nasib sungguh la luck tak kena kat diri aku..sikit lagi alhamdulilah allah masih menyelamatkan aku..kalau kena aku tak tau la apa nak jadi...syukur padamu ya allah..

Wednesday, April 8, 2009

SuSaH oh SuSaH..

kenapalah ada jugak org dalam dunia nie masih hidup dengki-mendengki..aku ingat dah hapus dah..rupanya wujud lagi..

Friday, April 3, 2009

HaPpY BiRtHDaY SaYaNg...

Happy birthday muhammad adriel aqeem..dah besar dah anak mamy rasa macam baru jer mamy lahirkan anak mamy...tak puas lagi tgk anak mamy masa baby..menerap..merangkak..miss that time..Happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to aqeem..happy birthday to u...

Thursday, April 2, 2009

KaSih IbU BaWa Ke SyUrgA..

Orang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. IbuBila lapar, yang suapkan aku.. IbuBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. IbuKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!Bila bangun tidur, aku cari.. IbuBila nangis, orang pertama yang datang ..IbuBila nak bermanja.. Aku dekati ibuBila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibuBila sedih, yang boleh memujukku hanya ibuBila nakal, yang memarahi aku ? IbuBila merajuk? yang memujukku cuma.. IbuBila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..Bila takut? Yang tenangkan aku.. IbuBila nak peluk? Yang aku suka peluk.. IbuAku selalu teringatkan .. IbuBila sedih, aku mesti telefon ibuBila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? IbuBila bengang.. Aku suka luah pada ..IbuBila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!Bila sakit, orang paling risau adalah ..IbuBila nak exam, orang paling sibuk juga ibuBila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. IbuBila buat hal, yang marah aku dulu..IbuBila ada masalah, yang paling risau.. IbuYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. IbuYang selalu masak makanan kegemaranku.. IbuYang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, IbuYang selalu berleter kat aku.. IbuYang selalu puji aku.. IbuYang selalu nasihat aku.. IbuBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu——————————————————————————–Aku ada pasangan hidup sendiriBila seronok? Aku cari pasangankuBila sedih? Aku cari IbuBila berjaya? Aku ceritakan pada pasangankuBila gagal? Aku ceritakan pada IbuBila bahagia, aku peluk erat pasangankuBila berduka, aku peluk erat ibukuBila nak bercuti? Aku bawa pasangankuBila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibuBila sambut valentine…Aku hadiahi bunga pada pasangankuBila sambut hari ibu…Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IbuSelalu……..Aku ingat pasangankuSelalu…..Ibu ingat kat akuBila….Bila…..Aku akan talipon pasangankuEntah bila….Aku nak talipon ibuSelalu….Aku belikan hadiah untuk pasangankuEntah bila…..Aku nak belikan hadiah untuk IbukuRenungkan :-“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak.Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Hargailah ibu selagi ada hayat..

Wednesday, April 1, 2009

AlHamDuliLah...

Selamat dah semua majlis kenduri kendara..mak ai punya la tired coz malam tu semua di manage dari aku n hubby..tu la first time buat birthday party for aqeem..disambut awal dari birthday aqeem coz kenduri arwah for my oldest brother..Al-fatiah..
Pagi hari sabtu tu..all our family bz sokmo la tolong untuk buat kenduri tghari tu yang akan bermula jam 12pm.coz kita arrange semua dari segi pinggan mangkuk, drink everthing laaaa...just masak memasak la tempah kat org..

Menunya:-
1)nasi putih
2)ayam goreng rempah
3)kari daging
4)pecal
5)ulam-ulaman
6)sambal belacan
7)dessert - water melon
8)drink - syrup rose

Jemputan yang di jemput boleh dikatakan semuanya hadir..thank to you all..
Disebelah malam pulak majlis for my baby..

Menu:-
1)Kek
2)laksa-MIL
3)Bihun goreng-sister
4)nasi Impit- Kuah Kacang
5)Agar-Agar
6)Air Teh 'O'
7)Oren Jus

Dengan keadaan ujan tapi majlis tetap berjalan lancar..syukur..
Aqeem la org yang paling best giler so kat majlis nie riuh rendah mulutnya.walau pun tak tau cakap lagi..when he see what mamy&dady give present to him..aqeem so happy..
thank to our family n our neighbour for caming to celebrate aqeem birthday n present.

Walaupun ujan..majlis tetap meriah..the picture tak leh nak send nanti update lain la..

Monday, March 23, 2009

Last Sunday..

Last sunday we going to cameron highland with my MIL..bertolak kira-kira jam 2.00pm macam tu la..sampai snaa about 3.00pm at bukit raja.after that we stop at brinchang coz my MIL have pening kepala n vomiting..sepanjang perjalanan aqeem tido jer..sampai je brinchang sambil tunggu nenek pergi ke strawberry farm..aqeem pergi plucking strawberry sampai hancus.huhu.pastu aku pun beli ais krim strawbery ..yamee..yamee sedapnya..then teruskan perjalanan ke tanah rata..sambik tu pergi umah sepupu aku pulak kat puncak arabella.ehmm nyaman cuaca kat atas puncak tu..sejuk..masih rasa kesejukan cameron highand..dari atas tu boleh nampak la town tanah rata yang tak la besar mana pun..air sungai yang menyalir dengan tenang..lepak kat situ sampai kul 6.30pm pastu turun g tanah rata beli sayur-sayuran untuk dibawa pulang sebagai buah tangan kat mama(my mom)..nenek pun sama borong sakan beli sayur sayuran yang sememangnya fresh tu..after that lepak kat gerai kat situ sambil menghirup secawan teh boh n satay cameron..aqeem pulak dah mula menguap nak tido dah telampau letih berjalan agaknya...sebelum tu sempat gak singgah masjid kat situ solat maghrib pastu kami teruskan perjalanan balik dari sana kira² kul 8.30pm macam tu la..sampai rumah dalam pukul 10.00pm macam tu la..terus g umah mama but mama not at home.just we put strawberry n vegetable at the fende jer..hushhh best giler but tired sebab hari nie working(monday)...perjalanan ok malam tu cuma renyai-renyai sikit untuk turun ke ipoh.alhamdulilah selamat sampai ke rumah..

Wednesday, March 18, 2009

PaSsIon FoR YouRseLf

Key Traits: self-effacing, no-nonsense, outgoing, active, private, selective You're big on "chemistry." You either share it with someone or you don't, and there's no in between. Others can really tell you have a zest for life. As a result of this, you tend to be outgoing and friendly in social settings and many would consider you the life of the party. Deep down inside though, you're actually very reserved when it comes to your true feelings. With the right person or situation, the real romantic in you starts to emerge. You don't appreciate huge public displays of affection. When you're really into someone, you prefer your feelings to be kept just between you two, as it is more special that way. It's that significant person in your life who truly knows just how passionate you can be. As for every one else, well, what they don't know can't hurt them.

Tuesday, March 17, 2009

TelataH AnaK..

salam..
sungguh aku tak percaya pada pukul 6.30pm my baby rupanya dah boleh berjalan sendiri tapi dengan hanya untuk beberapa step je la..dia dah semakin agresif sekarang nie dan semakin ingin mencuba benda yang baru..setiap hariaku selalu fit kan time dia nak tido but now cannot to fit the time bcoz he always want to play until wanna n hubby go to slepp together..huhuhu..
kekadang tu sampai nak kena marah baru nak tido..kesian my baby..:(..

Friday, March 6, 2009

KeRja....kOrjE..

salamxx..
pepagi nie banyaknyer keje..tu la selagi boleh buka mata korje..korje..korje..huhuhu
salam..

dipagi hari nie aku dah mula nak start keje yang melambak-lambak nie..pening kepala bila memikirkannya..aku kalau awal bulan nie memang la malas..itu la keje nama pun kewajipan aku keje..itu la selagi boleh buka mata keje..keje..keje..:)

Thursday, March 5, 2009

Thank....

Terima kasih aku ucapkan pada zai yang sudi membantu aku dalam buat blog aku nie..jasa mu amat la dikenang..nanti leh tolong lagi..hhuhuhu..
Semalam sedih gak aku bestfriend aku tu nak pergi dok penang dah kerja sana..ish bila la dapat jumpa ko lagi mun.. take care..ingat aku selalu..:(

Wednesday, March 4, 2009

Muqadimah..

Salam...

Testing....