RaYa

RaYa

Friday, January 27, 2012

HaPpY ChInEsE NeW YeAr

Kepada yang menyambutnyerr happy chinese new year...semoga tahun nie menjadi tahun yang lebih bertuah untuk semua..
Cuti kali ini bercadang nak ke utara - Kedah kenduri umah sedara memandangkan jalan jem coz cousin aku balik dari seremban ke ipoh mengambil masa hampir 8 jam. so cuti tu bertukar ke kelantan negeri cik siti wan kembang..ini memang betui-betui berjalan la.Kitaorg bertolak kul 12.00pm dari ipoh dengan 3 bauh kete dr ipoh ikut cameron highland singgah jap cameron ingatkan jalan ok sampai je tringkap jem terus patah balik..Masuk gua musang jalan ok la lengang singgah kejap kat situ minum makan sambung perjalanan ke simpang kota bharu ambil masa lebih kurang 3 jam lebih baru sampai K.B di sebabkan tak plan nak ke sana so hotel unbooked la memula terjah hotel ridel full booked..nasib baik la masuk kat hotel tu ada map so kitaorg pusing-pusing cari hotel dapat la satu hotel nie sutera inn..not bad 3 star gak la aku bagi..rm159 include breakfast..
Semua dah keletihan leh katakan hampir setengah hari dok dalam kete..tapi lepas check in ingatkan leh tido rupanyer ada yang ajak makan pulak..nasib baik kedai depan hotel jer so kami pun menapak la beramai-ramai..berbincang malam tu nak kuar awal but dah keletihan semua terlajak hampir kul 9.00am baru kuar g breakfast.pastu check out terus g pasar siti khadijah.membeli keropok n serunding daging + ayam.pastu terus pergi rantau panjang ingatkan tak jem rupanyer sama je nak masuk rantau panjang mai ai punya la lama hampir 3 jam berbarisnyerr..last sekali ikut jalan belakang tak sampai 15minit dah sampai dalam rantau panjang..huhu..terima kasih pada pakcik teksi yang tunjuk jalan..apa lagi sampai situ parking je kete jenuh la berjalannyer..semua murah2 uishhh aku apa lagi shopping sakan la jugak hampir penuh bonet bukan sebab apa toto laa..huhuhu..
Lepas tu dah puas shopping kaki pun dah lenguh lepak jap kat situ minum² pastu kami pun bergerak ke K.B balik..Pada mulanyer nak tido K.B je tapi memandangkan perjalanan tu jauh lagi kami ambil keputusan tgk sampai mana terdaya nak driver..So mata pun tak larat kaki pun tak larat nak tekan minyak lagi kami pun ambil keputusan tido kat Cameron jer..huhuhu..sampai situ kul 1.30am..fuh letih-letih..
Sungguh happy trip kali nie coz berjalan ngan semua sepupu hope so lepas ni akan ada lagi trip yang tak terancang nie..huhu..

Monday, January 16, 2012

SeBuLaN SuDah..

Salam to all my friend..

Rindu kat mama...perginyer mama ke rahmatullah sesuatu yang sukar untuk diterima..lagi 2 hari genap la mama sebulan meninggalkan dunia..tapi aku terima hakikat daripada mama suffer lebih baik allah mengambilnyer..dan aku tahu bahawa Allah lebih menyayangi mama..

Rasa macam baru je aku bersama mama..bermesra,berpeluk, berjalan dengan mama tapi semua tu sudah jadi kenangan buat aku..pada tarikh 18.12.2011 hari ahad jam 5.40pm mama telah pulang ke rahmatullah..saat tu bagaikan tidak percaya yang mama akan meninggalkan kami semua.. hembusan nafas yang terakhir dapat kami adap..mama pergi dengan tenang dan senang..syukur alhamdulilah semuanyer berjalan dengan lancar..dari segi mandi sampai ke liang lahat..semua dipermudahkan..

Pada keesokkan harinya aku sudah mula demam..kata pakcik kat situ semangat aku hilang..jadi diberikan air penawar hampir 5 hari jugak laa kebah tak kebah demam tak demam..dituruti anak aku aqeem dan boleh dikatakan seluruh keluarga demam..Aqeem memang aku bawa sampai ke liang lahat untuk tengok opah mama..sebab dia paling rapat ngan opah mama..sampai sekarang bila aku tanya mama opah mama dah meninggal opah sakit..sian opah..abg sayang opah..tapi opah dah tak ada ngan abg..syahdu aku dengar..

Ya Allah aku memohon padamu Ya Allah tempatkanlah mama ditempat yang beriman dan solehah..Al-Fatihah..Semoga roh mama dicucuri rahmat..